Sabtu, 20 April 2013

Profil Syarikat


TENTANG KAMI

Produk bihun sufi keluaran Syarikat Elham-Q (Malaysia) sdn bhd, syarikat bumiputera muslim yang berdaftar sebagai usahawan bimbingan fama negeri Johor. Melalui sistem kontrak sewaan mesin pembuatan bihun.
Misi
Memperkenalkan produk bihun beras jenama sufi yang dibuat melalui sistem kontrak sewaan mesin berskala untuk memproses bihun sufi melalui pemprosesan bersih dan suci yang diiktiraf dan diluluskan oleh jakim & Majlis Agama Islam Melaka.
Latar Belakang Syarikat
Elham-Q Malaysia sdn bhd (usahawan & vendor FAMA berdaftar) merupakan syarikat muslim yang beroperasi melalui pusat edaran bihun sufi di seluruh negeri di semenanjung, Sabah & Sarawak termasuk di Indonesia & Singapura.

LANGKAHKU SEBAGAI PENGELUAR BIHUN SUFI, BIHUN KELUARAN BUMIPUTERA PERTAMA DIMALAYSIA BERMULA DISINI

Assalamulaikum & salam 1 Malaysia.. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang memberikan peluang bagiku untuk mencoretkan sedikit catatan di Nota ini.. Syukur yang tidak terhingga kupanjatkan diatas peluang yg melimpah ruah ini.. namun begitu aku masih tahu dimana kedudukan ku.. dan insyaallah tidak akan ku lupa saat TSUNAMI yang melanda kehidupanku yang menjadikanku ibarat merempat di negara sendiri.. Aku namakan ianya TSUNAMI...Satu pukulan dan hentakkan kuat dalam hidupku yg merubah kehidupanku yg selama ini hanyut dalam dunia kerjaya yang tidak ku tahu dimana penghujungnya..
Alhamdulillah Allah masih menyayangi ku dengan memberikan satu ujian dan membalasnya dengan satu kesempurnaan... Perantara diantara suka dan duka ini dilebarkan melalui seorang insan yg tidak mungkin aku lupa dalam lipatan sejarah hidupku...insan yg pernah dikaitkan dgn bermacam-macam hal..ada yg kata KHURAFAT, PANDAI CKP dan mcm2 lagi.. namun begitu jauh di lubuk hatiku beliau masih tetap guru yg hebat yg mampu mengerakkan kaki ku selangkah kehadapan.. Insan yg dimaksudkan aku adalah DR AZIZAN OSMAN..
Aku tahu segalanya telah diaturkan oleh-Nya dan aku hanya mengikutinya sehingga ke penghujung nyawaku.. namun begitu aku tidak harus mendabik dada menunggu hari yg lebih bermakna.. aku harus berusaha memastikan kehidupanku dan mereka2 disekelilingku lebih bermakna..
Alhamdulilah kini aku mampu hidup lebih baik malah lebih luar biasa hebat setelah ilmu dan tunjuk ajar guruku membawaku ke satu tahap yg berbeza dari dulu dan yg pasti JAUH LEBIH BERBEZA...!!! Percayalah segulung ijazah Revenue Management yang aku genggam ternyata tidak menjamin kejayaanku tanpa usaha untuk bangkit secara istiqamah. 
Sangkaan ku produk Bihun Sufi yang dijual sekitar RM 1 - 2 tidak mungkin mencecah jualan jutaan bungkus dalam waktu sesingkat ini meleset setelah ilmu demi ilmu yg aku pelajari setiap kali aku mengikuti programnya diguna pakai... jauh disudut hatiku aku ingin terus belajar dan menjadi insan yg mampu berikan tambahan nilai bagi org lain..Masyaallah.. tidak ku sangka kini rangkaian perniagaan ku telah merangkumi seluruh semenanjung dalam waktu sesingkat ini.. dan pasaran dunia islam kini mula ditakluki satu demi satu... insan ini banyak membuka jalan perniagaan ku..
Sehingga ke saat ini aku masih setia untuk menangkis sebarang tomahaan yang dilemparkan kepadanya.. dan pada masa yg sama aku tidak mahu menyalahkan mereka2 yg membuat tomahaan ini.. kerana aku yakin sebilangan besar dari mereka2 ini hanya terikut kata2 org yg lahirnya telahpun GAGAL.. insyaallah aku yakin mereka2 ini akan datang setidak-tidaknya 1 program yg dianjurkan dan semoga Allah membuka pintu hati mereka ini untuk belajar sesuatu yang berharga dari kesilapan mereka sendiri.. aku yakin banyak diantara mereka ini tidak merasai TSUNAMI sepertimana yg aku lalui dan bangkit ibarat ledakkan GUNUNG BERAPI..!!! setelah merempat dinegara sendiri... tapi inilah realitinya manusia tidak akan bertindak tanpa kuasa tindakkan. Aku yakin (dgn izin-Nya) konsep Mentor, Elmu, Sistem, Tindakkan & Impian kita tidak mungkin gagal walau 1001 halangan yg datang!
Semoga Allah terus merahmati mu Guruku Dr. Azizan Osman dan memberikan yg terbaik didalam lingkungan kehidupanmu diatas usahamu mengembalikan semangat usahawan untuk lebih berdaya saing dipasaran tempatan mahupun global.. dan aku akan terus mengingati " LANGKAHKU SEBAGAI PENGELUAR BIHUN SUFI BERMULA DISINI"...
Wassalam,
Shawal Akbar Mohamed
Executive Director Kumpulan ELHAM-Q
ELHAM-Q MALAYSIA SDN BHD

Tiada ulasan: